i 2017 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Monday 29 May 2017

DAQIQ' 17


DAURAH AL-QURAN FI QALBI
(DAQIQ’17)

Adakah anda ingin:

Menghafaz al-Quran?
Memperbaiki mutu bacaan al-Quran?
Mentadabur al-Quran?
Mendengar Taujihat al-Quran?

Ayuh sertai kami semarakkan Ramadhan kali ini dalam program:

DAURAH AL-QURAN FI QALBI (DAQIQ'17)
12-16 JUN 2017
8.00 AM - 1.00 PM
MASJID AL-AZHAR KUIS

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat
Ayuh, segera daftarkan diri kepada:
Saifullah Baiduri: 019-9389672
Mariam Jamaludin: 013-5857026
Tempat adalah terhad.
-----------------------
Dapatkan maklumat terkini masjid Al Azhar, KUIS :
Facebook : https://www.facebook.com/masjidkuis/
Instagram : https://www.instagram.com/masjidkuis/

PERTANDINGAN POSTER & PENULISAN



[ Pertandingan Penulisan dan Poster Kreatif bersempena Ihya Ramadan ]

Bertemakan, Ramadan : Cinta Rumah Allah

-Mahu hidupkan Ramadan kali ini dengan seni grafik yang menarik?
-Ingin kongsikan kisah-kisah tauladan menarik melalui penulisan?
-Atau, sekurang-kurangnya mencuba sesuatu yang baru lagi baik sempena bulan yang mulia ini?

Kami membawakan kepada semua Mahasiswa KUIS, Pertandingan POSTER & PENULISAN kreatif.

Kami menyediakan kepada anda ruang dan peluang. Jadi, pastikan Ramadan kali ini memberi sesuatu yang bermakna buat anda.

Hadiah menarik menanti para pemenang
Tempat Pertama : RM75 + sijil
Tempat Kedua: RM50 + sijil
Tempat Ketiga : RM35 + sijil

Untuk sebarang maklumat berkaitan penyertaan, pendaftaran atau syarat-syarat pertandingan boleh hubungi:
Adam : http://www.wasap.my/01129196479
Masturah : http://www.wasap.my/01137229249

Anjuran bersama :
Kelab Al-Azhar Members,
Persatuan Mahasiswa Jabatan Ekonomi,
Persatuan Alumni Asasi,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Teknologi Maklumat,
Persatuan Mahasiswa Usuluddin Multimedia,

Jadual Kuliah Masjid Al-Azhar KUIS


Bersempena kedatangan Bulan Ramadan yang mulia ini, bertepatan dengan tema ihya Ramadan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor tahun ini iaitu 'Cinta Rumah Allah', kami dari Kelab Al-Azhar Members (ALAM) ingin mengajak sahabat untuk bersama-sama mengimarahkan masjid kita pada kali ini.

 Firman Allah SWT:
...
(إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ)
[Surah At-Taubah 18]

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.


Seperti yang diketahui masjid merupakan satu mercu tanda utama sejak zaman Nabi Muhammad hinggalah sekarang.

Masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah tetapi juga pusat intelektual, pentadbiran, ekonomi, sosial masyarakat dan sebagainya.

Justeru, buat sahabat-sahabat sebagai tanda menunjukkan sokongan kepada ihya ramadan kali ini , kami mengajak supaya dalam setiap sebaran dan status di media sahabat-sahabat boleh diletakkan hashtag #IslamMemimpinMahasiswa dan #CintaRumahAllah.

Moga Allah merahmati kita semua dalam mencari KeredaanNya.


Cinta Rumah Allah !

"ISLAM MEMIMPIN MAHASISWA"

Sunday 5 February 2017

KULIAH MAGHRIB: ANCAMAN BAHAYA SEKULARISME
(Ustaz Zulkifli Ismail)
Pencatat: Muhammad Syahmi Moktar
Image may contain: 2 people, hat, outdoor and indoor
1. Dari sudut disiplin ilmu, sekularisme termasuk dalam bidang التيارات (pemikiran). Perjuangan pertahankan aqidah dari ketulenan Islam telah dilaksanakan oleh ulamak ASWJ dalam pelbagai disiplin ilmu berpandukan AlQuran, AsSunnah, Ijmak dan Qias.

2. Dari sudut aqidah, mentauhidkan Allah dan mensucikan Allah dari segala sifat-sifat kekurangan telah diperjuangkan ulamak usuluddin. Hal ini kerana ilmu tauhid merupakan pokok agama melebarkan manfaatnya daripada serangan pemikiran sama ada zaman lampau atau sekarang. Antaranya ialah Imam Al Maturidi, Imam As Sya'irah, Imam Ghazali dan ramai lagi.

3. Hasil perjuangan mereka, kita menerima Islam dalam keadaan tulen, maka faedah daripada itu kita dapat dinikmati nikmat iman dan Islam.

Imam As Sya'irah berjaya menguasai bidang falsafah dan menyingkap kegelapan serta mendedahkan penyelewengan ahli falsafah melalui kajian yang begitu teliti.

Imam Ghazali telah menerbitkan kitab menjelaskan kegelapan falsafah yang menunjukkan kepekaan dalam mempertahankan Islam. Beliau bukan saja faqeh dalam ilmu feqah, tasawwuf bahkan dalam bidang falsafah. Beliau sangat amanah terhadap ilmu yang disampaikan dalam pelbagai bidang sehinggakan tiada lagi penolakan dari musuh Islam selepas kajiannya yang begitu teliti.

Diceritakan Imam Abdullah Al-Alwi Al-Hadad sanggup menunggu umur yang sesuai (sepatutnya) sebelum menulis kitab setelah kajian yang teliti dan pengalaman yang matang menunjukkan beliau sangat amanah terhadap ilmunya.

4. At-Tiyaaraat (pemikiran-pemikiran) ialah "Sesuatu perkara yang tidak faham oleh kebanyakan orang". Penolakan sekularisme adalah tuntutan bagi orang yang mendakwa ASWJ. Hal ini kerana ia merupakan lanjutan kelahiran baru bagi fahaman yang mana ditentang sungguh oleh ulamak terdahulu. Fahaman pendekatan mujassimah juga ditentang di masa lampau dan hari ini telah muncul kembali yang menjadi kewajipan bagi kita menentang aliran ini.

Falsafah yang sangat berbahaya ialah Sophism (menganggap segala perkara berdasarkan relatif) sehinggakan hukuman bagi penganut Sofism ialah disebat dan dipenjara kerana bercanggah dengan aqidah sebenar. Mereka juga mendakwa bahawa pendapat sesiapa adalah benar. Selain itu, mereka juga menafikan kewujudan alam sebagai bukti mereka nyatakan bahawa Allah tidak wujud.

Isme-isme yang wujud hari ini bertunjangkan kepada falsafah Sophism yang menganggap semua perkara berdasarkan relatif sehingga mereka menolak agama.

Aspek ilmiah, kita berdepan dengan aliran yang menawarkan dengan penemuan-penemuan dan kajian-kajian . Namun, semuanya dibina atas asas yang rapuh iaitu _discipline speculation_ (andaian berdisiplin) hanya sekadar andaian dan hipotesis yang rapuh.
Syeikh Mustafa Sobri digelar Syeikhul Islam. Kitabnya berkisar mengenai analisis falsafah sebanyak 3 jilid. Kitabnya disokong oleh Syeikh Said Ramadhan Al Buti yang menyebut " Belum pernah ada lagi kitab falsafah sebaik ini". Begitu juga, Imam Abdul Halim Mahmud Al Husaini seorang ulamak Azhar yang sebagai Ghazali Timur. Beliau menegaskan bahawa kelemahan bagi akal ialah boleh ditanggalkan sifat-sifat zahir, adapun sifat ketuhanan, tidak mampu ditanggalkan.

Kesimpulan Aristotlism menyatakan hal agama diterima bulat-bulat dan diserahkan urusan agama kepada gereja dan hal keduniaan diberikan atas pendirian masing-masing. Akhirnya mereka menjadikan akal sebagai panduan dan menanggalkan sifat-sifat ketuhanan dalam urusan.
Hukum akal ialah suatu entiti yang diperlukan dalam memahami tauhid dan taklifan. Penggunaan akal dalam Islam dibawa ke ufuk tertinggi dengan membawa bukti kewujudan Allah.

Namun di Barat hanyalah dalam kerangka material sahaja dan akhirnya menyimpulkan Allah tidak wujud dan menolak segala nilai-nilai agama yang menganggap ketinggalan zaman dan dianggap nisbi.

Ulamak telah berpesan bahawa akal terbatas dalam 2 aspek iaitu ketuhanan dan nilai(sesuatu baik dan buruk ditentukan oleh Al Quran dan As Sunnah)

Sekularism ialah suatu gerakan sosial yang memalingkan tujuan manusia daripada akhirat kepasa keduniaan. Oleh itu, umat Islam dituntut menyedari akan bahaya pemikiran-pemikiran ini dan menghalang bagi yang cuba menyebarkan dan mengagungkan pemikiran ini.

Wallahualam,
1.57 pagi | Jumaat | 3 Februari 2017 | 6 Jamadilawal 1438 H