i GAMIS 2015 : Terus Melangkah Bersama. ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Monday 2 February 2015

GAMIS 2015 : Terus Melangkah Bersama.



Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) mengucapkan tahniah dan takziah kepada saf kepimpinan GAMIS sesi 2015/2016 yang bakal mengetuai gerakan mahasiswa Islam peringkat nasional.

ALAM KUIS komited bersama GAMIS - sebagai rakan gabungan bersama - bagi menyebarkan dakwah Islam kepada seluruh masyarakat khususnya mahasiswa.

Sebagai mahasiswa Islam, aspek kepimpinan adalah suatu perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan. Inilah yang kita sebagai mahasiswa Islam inginkan untuk terus maju ke hadapan membawa panji Islam, menjalankan perkara ma'ruf dan mencegah perkara munkar.

Semoga dengan taklifan ini membawa nafas baru kepada seluruh mahasiswa Malaysia dengan slogan 'Terus Melangkah Bersama'.

Di kesempatan ini juga, ALAM KUIS mengucapkan tahniah dan takziah kepada produk-produk KUIS :

- Saudari Siti Sumaiyah Mohamed, mantan Pengerusi Nisa' ALAM KUIS sesi 2014. (Pengerusi SIGMA GAMIS).
- Saudari Saadah Yahya, mantan Timbalan Exco Lajnah Dakwah ALAM KUIS sesi 2014. (Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS).
- Saudari Noor Farhanah Othman, aktivis ALAM KUIS. (TImbalan Pengerusi Majlis Penerangan Informasi GAMIS).
- Saudara Saiful Mujahid Mohd Fadzil, mantan Timbalan Presiden ALAM KUIS sesi 2011. (Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS).

Muhammad Fikri bin Abdul Wahab,
Presiden Kelab Al-Azhar KUIS

'Inspirasi Mahasiswa Islam'

LIKE | SHARE
Kelab Al-Azhar Members
http://www.fb.com/alamkuis.original
http://alamkuis.blogspot.com/
instagram.com/alamkuis

0 pandangan: