i November 2013 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Tuesday 5 November 2013

Perutusan Maal Hijrah 1435H - ALAM KUIS




[Perutusan Maal Hijrah 1435H] - ALAM KUIS


Assalamualaikum w.b.t.

1. Barisan Kepimpinan dan semua ahli Kelab Al-Azhar Members KUIS mengucapkan Selamat Tahun Baru 1435 Salam Maal Hijrah kepada semua Muslim khususnya Mahasiswa serta warga KUIS.

2. Dalam bulan yang digelar Syahrullah (Bulan Allah) ini, ayuh bersama kita tekadkan azam untuk perbanyakkan berpuasa sunat khususnya pada 9 dan 10 Muharram. Hadith daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam."
[Hadith Riwayat Muslim]

3. Perkukuhkan kembali tali persaudaraan atas ikatan aqidah dan nilai kemanusiaan. walau apapun perbezaan yang ada, pastinya ada titik persamaan yang dapat diadun bersama. Jadikan Muharram sebagai titik perpaduan antara kita dalam meneruskan agenda dakwah menyebarluaskan agama Allah s.w.t.

4. Semoga dengan kehadiran tahun baharu ini, kita semua dapat bersama-sama mengislahkan (memperbaiki) diri agar menjadi insan yang optimis, lebih baik dari sebelum ini.

Manusia yang optimis adalah manusia yang sentiasa berfikir dengan melihat ke hadapan dan sesekali bermuhasabah dengan berpaling seketika ke belakang.

Manakala manusia yang pesimis adalah manusia yang sentiasa menoleh ke belakang dan mundur tanpa sebarang kemajuan.

5, Buat Mahasiswa pemuda Islam, di atas bahu kita inilah terletak amanah keilmuan dan semangat Pemuda yang wajib dilunaskan hanya semata kerana Allah s.w.t. Inilah masanya, ayuh kita buru gelaran syuhada di Jalan Allah s.w.t. Insya-Allah.

Salam Hijrah.

Akram Ikrami bin Taib Azamudden,
Presiden Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS/
Biro Pemuda Masjid Al-Azhar KUIS.