i 2013 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Sunday 15 December 2013

Pembunuhan Al-Syahid Abdul Qader Mulla: Mencetus kebangkitan jutaan pejuang Islam.




Oleh: Akram Ikrami bin Taib Azamudden.

1. Dunia Islam menyaksikan 11 Disember 2013, tarikh berdarah pembunuhan haram yang dihalalkan oleh Regim pemerintah Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

2. Al-Syahid Abdul Qader Mulla adalah pemimpin Jamaat Islami Bangladesh yang menggerakkan kebangkitan kesedaran Islam telah difitnah bahkan direka pelbagai bukti palsu untuk mengaitkan Al-Syahid dengan keganasan.

3. Al-Syahid yang pada awalnya dihukum penjara seumur hidup ditukar hukuman kepada gantung sampai mati oleh regim pimpinan Parti Awami League Bangladesh melalui Tribunal Antarabangsa.

4. Tindakan kerajaan Bangladesh adalah adaptasi yang dilakukan oleh Bani Israel serta musuh-musuh Islam yang membunuh para nabi terdahulu. Itulah tindakan akhir yang mampu dilakukan oleh musuh Islam dalam memastikan sinar Islam terus terpadam.

5. Masih segar di ingatan kita dengan kezaliman Kerajaan Bangladesh yang menyekat serta menghalau keluar pelarian Arakan warga Muslim Rohingya yang cuba menyelamatkan diri ketika diserang bunuh oleh Regim Burma. Inilah wajah sebenar Pemimpin kerajaan Bangladesh.

6. Kelab Al-Azhar Members KUIS menyeru seluruh pejuang Islam untuk terus bangkit dan mara kehadapan berbekalkan keyakinan pada Allah s.w.t bahawa janji syurga buat mereka yang mewaqafkan diri untuk perjuangan Islam.

7. Firnan Allah s.w.t, yang bermaksud: "Janganlah kamu mengatakan bahawa mereka yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu golongan yang mati, bahkan mereka itu golongan yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya."
[Surah al-Baqarah, 2: 154]

8. Syahidnya seorang, bakal mencetuskan jutaan Abdul Qader Mullah yang akan terus berdepan dengan apa jua tentangan musuh Allah s.w.t. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang menanti giliran untuk syahid di Jalan Allah s.w.t.

Salam Perjuangan. Allahuakbar!

# Penulis ialah Presiden Kelab Al-Azhar Members KUIS sesi 2012/2013.

Tuesday 5 November 2013

Perutusan Maal Hijrah 1435H - ALAM KUIS




[Perutusan Maal Hijrah 1435H] - ALAM KUIS


Assalamualaikum w.b.t.

1. Barisan Kepimpinan dan semua ahli Kelab Al-Azhar Members KUIS mengucapkan Selamat Tahun Baru 1435 Salam Maal Hijrah kepada semua Muslim khususnya Mahasiswa serta warga KUIS.

2. Dalam bulan yang digelar Syahrullah (Bulan Allah) ini, ayuh bersama kita tekadkan azam untuk perbanyakkan berpuasa sunat khususnya pada 9 dan 10 Muharram. Hadith daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam."
[Hadith Riwayat Muslim]

3. Perkukuhkan kembali tali persaudaraan atas ikatan aqidah dan nilai kemanusiaan. walau apapun perbezaan yang ada, pastinya ada titik persamaan yang dapat diadun bersama. Jadikan Muharram sebagai titik perpaduan antara kita dalam meneruskan agenda dakwah menyebarluaskan agama Allah s.w.t.

4. Semoga dengan kehadiran tahun baharu ini, kita semua dapat bersama-sama mengislahkan (memperbaiki) diri agar menjadi insan yang optimis, lebih baik dari sebelum ini.

Manusia yang optimis adalah manusia yang sentiasa berfikir dengan melihat ke hadapan dan sesekali bermuhasabah dengan berpaling seketika ke belakang.

Manakala manusia yang pesimis adalah manusia yang sentiasa menoleh ke belakang dan mundur tanpa sebarang kemajuan.

5, Buat Mahasiswa pemuda Islam, di atas bahu kita inilah terletak amanah keilmuan dan semangat Pemuda yang wajib dilunaskan hanya semata kerana Allah s.w.t. Inilah masanya, ayuh kita buru gelaran syuhada di Jalan Allah s.w.t. Insya-Allah.

Salam Hijrah.

Akram Ikrami bin Taib Azamudden,
Presiden Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS/
Biro Pemuda Masjid Al-Azhar KUIS.

Tuesday 22 October 2013

Muslimah dan Dakwah.

Muslimah adalah ciptaan Allah s.w.t yang sangat unik. Emosinya tidak terjangkau, kisahnya sangat bewarna warni. Muslimah adalah peniup obor semangat di belakang seorang tokoh yang bernama seorang lelaki.

Dalam rakaman langit sejarah yang berpaksikan kebenaran, generasi awal muslimah memainkan peranan yang sangat penting.

Lihatlah bagaimana Saidatina Aisyah (Ummul Mukminin, puteri Abu Bakar al-Siddiq) sebagai srikandi ilmu dengan sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai al-Quran dan persoalan agama hingga menjadi tarikan sebagai gudang ilmu yang terus mengalirkan pencerahan.

Ummu Nusaibah bin Kaab mengotakan janjinya dengan menjadi perisai Nabi Muhammad s.a.w di medan Uhud, beliau tidak pernah lelah berjuang bersama barisan kaum muslimin.

Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili

Dalam lipatan zaman moden ini, Zainab al-Ghazali menjadi saksi bahawa muslimat tidak seharusnya meninggalkan pentas dakwah & perjuangan menegakkan Islam. Beliau sebagai Ketua dan Pengasas Jemaah Muslimat Mesir (tahun 1937), akhirnya dipenjara dalam tempoh yang panjang dengan penyeksaan yang tidak tertanggung peritnya. Tokoh muslimat ini berbakti di ladang dakwah, walau ditimpa segala macam dugaan dan cabaran dalam kehidupannya. Dunia menangis kerana kehilangan sang pejuang muslimah yang gigih ini, beliau adalah "Ibu Penggegar Penguasa Taghut" yang sangat inspiratif dan mengesankan.

Justeru, wahai yang digelar muslimah khususnya generasi pemudi/beliawanis, medan dakwah bukan sahaja dipenuhi dengan suara ajakan muslimin tetapi peranan muslimat begitu penting di medan dakwah dalam menyelusuri arus yang kian hebat ini.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di medan dakwah dan perjuangan adalah merupakan sebahagian dari karat-karat penjajahan.

Oleh itu, setiap individu, muslimah mestilah berusaha untuk terpanggil ke arah perlaksanaan di dalam medan dakwah dan perjuangan Islam ini dan menjadikan peranan kita iaitu muslimah sebagai penggerak bagi menegakkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini.

Oleh:
Norhafiza Zanuddin,
Pengerusi Nisa,
Kelab Al-Azhar Members (ALAM),
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

#AlAzharMembersKUIS
#InspirasiMahasiswaIslam

Saturday 28 September 2013

Final Exam : Manfaat Keilmuan Membina Generasi.




Peperiksaan akhir yang akan dilalui oleh seluruh mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) minggu hadapan pastinya mengundang suasana persediaan yang cukup rapi dalam 'pertempuran' tersebut. Disitulah medan untuk dibuktikan sejauhmana kita benar-benar dapat membenam serta mencurahkan seluruh keilmuan yang diperolehi tika sesi pembelajaran ke dalam hati dan ingatan.

Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS suka untuk mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk bersama kita memastikan bahawa medan peperiksaan yang akn ditempuhi nanti bukanlah garis penamatnya. Akan tetapi, disitulah sebagai langkah permulaan dalam memastikan kita adalah generasi pewaris keilmuan Islam. Kita tidak hanya menjadi manusia robot yang akhirnya hanya tersenyum megah menaiki pentas menerima anugerah kecemerlangan, bahkan kita perlu memastikan disamping kilauan kecemerlangan itu juga tersemat rapi sumbangan kita terhadap ummah.

Lihat sahaja bagaimana era kegemilangan sarjana keilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Rush, Al-Farabi, Imam Ghazali dan yang seangkatan dengan mereka hingga buku dan tulisan mereka menjadi rujukan seluruh dunia mengatasi sempadan agama dan bangsa. Rahsianya ialah penggabungan Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat sekaligus. Itulah jiwa dan pemikiran yang ingin kita capai bersama, profesional ulama atau ulama profesional. Itulah impian manusia kelahiran KUIS.

Namun, sampai bila bibir ini ingin melafazkan kalimah kebanggaan kepada generasi terdahulu? , tibalah masanya kini untuk kita pula membentuk generasi seperti mereka itu bermula dengan diri sendiri seterusnya memimpin tangan rakan-rakan yang lain berlari menuju destinasi tersebut.

Ikhlaskan Niat hanya kerana Allah swt, pasakkan cita-cita kejayaan ini untuk dihadiahkn pada jalan Islam, seterusnya benamkan tekad memburu Redho dan Syurga Allah SWT. Makin diuji perit kesusahan,makin utuh pergantungan kita kepada Allah SWT.

Kitalah generasi yang seharusnya larut ditengah lapangan masyarakat berbekalkan roh Islam sebagai bahtera dalam menyelamatkan Umat manusia yang sedang kelemasan dipukul ombak kemungkaran.

Sabda Rasulullah SAW;
" Manusia yang sangat memperoleh azab pada hari kiamat kelak ialah yang berilmu tiada manfaat dengan ilmunya"
(Riwayat al-Tabrani)

Moga Allah SWT anugerahkan kejayaan buat kita dalam peperiksaan ini.
Bittaufik wannajah fil imtihan.

Oleh:
Muhamad Azli Firdaus Che Seman
Exco Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan
Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS
21 Zulkaedah 1434/28 September 2013

[INFO] Selamat Menghadapi Peperiksaan dari ALAM KUIS




Salam ukhuwwah
[Info dari Sekretariat Akademik & Penyelidikan MPP KUIS]

Sedikit peringatan kepada mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan nanti. :)

Mahasiswa KUIS akan dihalang daripada memasuki dewan peperiksaan jika:-

[Untuk Mahasiswa]
1. Gagal mempamerkan kad pelajar di bahagian atas pakaian (bertali/ klip)
2. Gagal menutup aurat dengan sempurna (ketat, sendat, singkat, lusuh dan jarang/ nipis)
3. Rambut pelajar lelaki melebihi kolar, diwarnakan dan berbentuk atau berfesyen yang luar biasa
4. Memakai seluar jeans dan seumpamanya
5. Gagal membawa slip peperiksaan (examination slip)
6. Tali leher wajib dipakai bagi lelaki
7. Pakaian kemeja korporat hanya dibenarkan pada hari rabu sahaja
8. Pakaian kemeja batik hanya dibenarkan pada hari khamis sahaja
9. Baju melayu lengkap bersamping dibenarkan pada hari jumaat sahaja

Nota khas: Pelajar yang memakai kopiah/ songkok akan diminta untuk membukanya ketika pemeriksaan di pintu masuk dewan peperiksaan (pemeriksaan rambut)

[Untuk Mahasiswi]
1. Gagal mempamerkan kad pelajar di bahagian atas pakaian (bertali/ klip)
2. Gagal menutup aurat dengan sempurna (ketat, sendat, singkat, lusuh dan jarang/ nipis)
3. Tudung tidak labuh serta tidak menutup kepala dengan sempurna dan mendedahkan rambut, leher, dada dan bahu
4. Memakai niqab/ purdah
5. Memakai kasut bertumit tinggi (siswi) dan tidak berstoking (sandal tidak dibenarkan)
6. Pelajar perempuan dilarang mempamerkan sanggul yang keterlaluan di atas kepala
7. Perhiasan berlebihan, wangian yang keras dan solekan berlebihan adalah tidak dibenarkan
8. Gagal membawa slip peperiksaan (examination slip)


Pastikan anda tidak terbawa sebarang nota-nota ke dalam dewan peperiksaan.
Jangan sepahkan nota anda di luar dewan, masukkan ke dalam kotak khas yang disediakan.

Akhlak digilap. Ilmu digarap. Ukhuwah diterap
"Bersama Memartabat Integral Mahasiswa Islam"


#AlAzharMembersKUIS
#InspirasiMahasiswaIslam

Friday 27 September 2013

Tan Sri Azizan Abdul Razak: Gugurnya seorang Pejuang Islam.




Kelab Al-Azhar Members (ALAM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang tokoh ulama Malaysia, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Allahyarham yang telah pergi bertemu Allah s.w.t pada jam 11.15 pagi hari ini (Khamis, 26 September 2013) telah meninggalkan seribu satu jasa dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah s.w.t khususnya di bumi Malaysia.

Sejak penyertaan Ustaz Azizan ke dalam gerakan Islam, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari tahun 1978 hingga kini, melalui amanahnya sebagai Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS (2001-2003), ahli Majlis Syura Ulama PAS, AJK PAS Pusat juga Pesuruhjaya PAS Kedah, seluruh keringat dan fikiran disumbangkan ke jalan Allah s.w.t. Beliau yang juga tokoh pendidik melalui jasanya sebagai pensyarah di beberapa buah universiti dan juga tokoh kepimpinan Islam yang adil sebagai Menteri Besar Kedah pastinya akan tersemat rapi di ingatan umat Islam apatah lagi sebagai bekalan jariah bertemu Allah s.w.t.

Menjadi iktibar dan keinsafan bagi kita untuk memastikan kita sentiasa berada di jalan perjuangan Islam dan melazimi doa moga Allah s.w.t juga mematikan kita di jalan Allah s.w.t biar dalam apa jua kondisi dan lapangan mana sekalipun kita berada kini.

Semoga Allah s.w.t menempatkan beliau bersama para solihin dan dikira sebagai syuhada di jalan Allah s.w.t. Al-Fatihah.

Akram Ikrami Bin Taib Azamudden
Presiden Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS
20 Zulkaedah 1434 / 26 September 2013

Thursday 5 September 2013

[Program] Training For Trainers


Program: Training For Trainer

Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Tarikh: 6, 7, 8 September 2013

Istimewa untuk Peserta:
- Makanan disediakan
- Sijil disediakan
- Kit Peserta disediakan
- Hadiah menarik untuk aktiviti 'Explorace" menanti anda.

Yuran: RM5 sahaja.

Menampilkan 4 tokoh hebat:
1. Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani
2. Ustaz Salman Zainal Abidin
3. Ustaz Nushi bin Mahfodz
4. Imam Muda Fakhrul

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Nukman :  013-6319159
Hafiezah : 017-6673204

"Mahasiswa Islam Pewaris Nabi"

Sunday 25 August 2013

SITUASI TERKINI DI MESIR

Allah memberitahu pada kita melalui FirmanNya :

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikann mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka : khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dangan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan  (ingatlah) sesiapa yang kufur imgkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."

[ Surah an-Nur 24 :55 ]

* * * * *
   Sedia maklum, rakyat di seluruh dunia telah pun mengetahui dengan pelbagai cara selidikan, bahawa kePEMIMPINan Dr. Morsi jelas membuka mata rakyat dunia, hanya pemimpin yang adil dan amanah sahaja yang akan di sanjung oleh pengikutnya walaupun hakikatnya pemimpin yang di sayangi itu sedang di Fitnah. Namun, kekuatan Aqidah serta Thiqah kita pada Pimpinan Dr. Morsi, menyebabkan do'a sentiasa bertali arus buat rakyat Mesir khususnya. Allahu Akbar !!!


Kata-kata luhur dan tulus dari Presiden Dr. Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat.

DEMO DITERUSKAN !
 RAKYAT MEMIMPIN REVOLUSI ???



Pakatan pro Dr. Morsi mengajak rakyat Mesir untuk meneruskan demo aman hingga tumbang Sisi dan kuncu-kuncunya.

Semalam berakhir seminggu demo yang dipanggil MINGGU BERAMBUS dengan diakhiri demo JUMAAT SYUHADA yang mendapat sambutan hangat dan memperlihatkan tentera tidak mampu menyekat lebih daripada 300 Perarakan di seluruh Mesir>

Minggu ini demo diteruskan dengan tema RAKYAT MEMIMPIN REVOLUSI. Tema ini dipilih setelah majoriti pimpinan Ikhwan dan gabungan telah ditangkap.

Pakatan pro Morsi menyatakan tangkapan pimpinan tidak memberi kesan kepada usaha mereka untuk terus menekan kerajaan Kudeta, bahkan rakyat sendiri yang akan menerus dan memimpin revolusi ini.

Sumber : Ikhwan Online.

Thursday 21 February 2013

Thanks to Allah



A man reached 70 years of age and he faced a disease, he could not 
urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure this 
disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him 
much pain for days. 

When the operation was completed, his doctor 
gave him the bill, which covered all the costs. The old man looked at 
the bill and started to cry. Upon seeing this, the doctor told him 
that if the cost is too high then they could make some other 
arrangements. The old main said, "I am not crying because of the 
money but I am crying because Allah let me urinate for 70 years and 
He never sent me a bill." 

We rarely thank Allah for these things, which are indeed great 
favors. We ask Allah to grant us the quality of being able to thank 
Him much and remember Him always. 

Tuesday 29 January 2013

Tarbiah Dalam Program Rally Tarbawi Al-Azhar Di KUIS : Ucapan ADUN Bangi

KUIS, Bandar Seri Putra, 13 Rabiul Awwal 1434 = 25 Januari 2013 (Jumaat):

Program Rally Tarbawi Al-Azhar 2013 (RTA'13) adalah dianjur oleh Biro Taadib dan Kepimpinan Masjid Al-Azhar 2013, KUIS, Bandar Seri Putra, Bangi. Program bertujuan bagi membina Modal Insan Unggul. Adun Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar diminta berucap bagi kata-kata alu-aluan bagi program satu hari, khususnya sebelum  Forum Tarbiah dari jam 9.10 – 9.30 malam. Menurut program forum terdiri dari panel Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Ustazah Hafizah Musa (ADUN tidak mengikuti forum).



ADUN Bangi mengutarakan pendapat bahawa konsep tarbiah ialah sesuatu yang murni dan unggul. Ianya mempunyai hubungan dengan istilah `Rabb` - Ketuhanan yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Idealnya insan dituntut mendekati dan membina diri dengan sifat-sifat kesempurnaan melalui tarbiah. Keunggulan bagi insan antaranya diistilahkan dengan Insan khalifah, Insan Rabbani dan Insan Kamil. Untuk pembicaraan ini kita kenali mereka dengan `Insan Unggul`.



Mentarbiah insan ialah usaha bagi mengangkatkan martabat insan melalui elemen-elemen yang ada pada diri insan baik dari segi fizikal, akli, kalbu dan rohani. Pengangkatan melalui skima jangka pendek dan jangka panjang dan ada jatuh bangunnya. Tarbiah jangka pendek ialah pendidikan individu dan kelompok masyarakat seperti saudara-saudari yang bakal keluar sebagai seorang `terpelajar` begitu juga semua saudara-saudari setelah keluar dan bergelar sebagai masyarakat terpelajar ! Sejauhmanakah terpelajarnya akan dibincangkan. Dari segi jangka panjangnya, umat Islam sejak dari kelahiran Islam dibawa oleh Rasulullah s.a.w hingga kini mempunyai tradisi tarbiah yang panjang. Baik tarbiah bagi individu yang mempunyai masa tarbiah relatif pendek, maupun tarbiah umat yang mempunyai masa yang panjang adalah menggunakan berbagai-bagai mekanisme pendidikan yang berubah dan bertambah sesuai dengan perubahan dan pertambahan zaman. Mekanisme ini ada berupa tempat seperti masjid, surau, madrasah, pondok, langgar, Sekolah, kolej, universiti dan lain-lain. Ada yang berupa alat seperti kitab, buku, computer,video, film, bahkan alam dan sebagainya dan yang lebih penting ialah penyampai tarbiah yang dikenali dengan guru, muallim, ustaz, pengajar, pensyarah, professor dan sebagainya.



Sejauhmanakah mekanisme tarbiah di atas melahirkan insan unggul ?
Sesungguhnya 15 abad Islam berkembang tidak dapat dinafikan hasil dari tarbiah Islam telah melahirkan kejayaan-kejayaan sebagaimana lahirnya pusat-pusat pengajian unggul seperti Masjid al-Madinah, Universiti Qayrawan, Al-Azhar, Qurduba, Diuband, Baitur Rahman Acheh, UIAM, USIM dan KUIS. 

Bagaimana dengan insan yang dilahirkan sebagai anak zaman ?
Sesungguhnya melalui mekanisme dan jatuh bangunnya Islam melahirkan tamadun dan peradabannya yang boleh disebut tamadun dan peradaban Madinah, Umawiyyah, Abbasiyyah, Uthmaniyah. Dari segi insan unggulnya relatifnya sedikit. Antaranya boleh disebutkan Ibn Abbas, Imam-Imam Mazhab Empat, Ibn Kathir, Bukhari, Muslim, Al-Farabi, Al-Mawardi, Ibn Khaldun dan lain-lain yang masing-masing dengan hasil-hasil karya masing-masing yang menjadi turath bagi tamadun dan peradaban umat. Dalam zaman moden, walaupun kita mempunyai pusat pengajian tinggi, mahaguru dan sama menggunakan alat-alat canggih dalam bidang tarbiah, tetapi berdepan dengan kemajuan keunggulan masyarakat yang bukan Islam, kita adalah relatif ketinggalan, jika pun tidak dapat dikatakan mundur.



Apakah yang dihasilkan oleh mekanisme pendidikan kini ?
Pada dasarnya hasil produk tarbiah adalah mengguna dan mengulang apa yang sedia ada, melahirkan hasil yang stereotype. Amat sukar untuk melahirkan yang benar-benar genius, asli, kreatif dan innovatif yang diterima umat sebagai sesuatu yang segar dan memanfaatkan. Bayangkan pada zaman tradisi dalam berabad-berbad berlalu umat dapat melahirkan seorang dua dalam bidang yang membicarakan soal Negara kota seperti Al-Farabi dengan Al-Madinah al-Fadilah atau Al-Mawardi dengan Al-Ahkam as-Sultaniyyah dan Ibn Khaldun dengan Al-Muqaddimah. Pada zaman kita yang berdepan dengan keunggulan Barat, walaupun ada tapi tidak setara. Adakah tarbiah kita, selain dari melahirkan yang biasa dan stereotype, dapat melahirkan negarawan muslim dalam bidang politik ? seorang ekonomis muslim yang mendapat pengiktirafan dunia ? Dan seorang humanisme terbilang penganjur keamanan sejagat ?



Kita tidaklah merendah mekanisme pendidikan yang kita dukung, tetapi majoriti insan yang dilahirkan 99%  atau lebih adalah stereotype dan biasa. Kita merindui penghasilan segar dan baharu seperti pada masa lahirnya tokoh dan karya seperti Al-Farabi dengan Al-Madinah Al-Fadilah, segar dan baharu seperti tokoh Ibn Khaldun dengan karya Al-Muqaddimah dan berbagai-bagai lagi bidang yang dapat dikiaskan. Kita mengharapkan dengan mekanisme tarbiah yang digunakan – seharusnya terbaik dari segi penghasilan, selain dari biasa dan stereotype, tetapi melahirkan insan-insan unggul dalam berbagai-bagai bidang.



Kita di Bangi mempunyai harapan tinggi mengimpikan lahirnya watak-watak insan tarbiah unggul, lantaran di Bangi merupakan Pusat Tarbiah dari berbagai-bagai universiti, pusat-pusat penyelidikan dan latihan. Keunggulan ini melayakkan dikenali Bangi Bandar Ilmu. Ungkapan ini diharap bukan semata-mata slogan, tetapi menjadi dinamika bagi universiti-universiti, pusat-pusat penyelidikan dan latihan menonjolkan keunggulan dan ketokohan insan bertahap internasional dan global. Adakah tahap yang diharapkan  begitu tinggi ?  Jika tidak kita akan terus berada di atas landasan stereotype dan kebiasaan.

Sekian.

Tarbiah Dalam Program Rally Tarbawi Al-Azhar Di Kuis: Ucapan Adun Bangi

Kuis, Bandar Seri Putra, 13 Rabiul Awwal 1434 = 25 Januari 2013 (Jumaat):

Program di atas adalah dianjur oleh Biro Taadib dan Kepimpinan Masjid Al-Azhar 2013 (RTA 13), Kuis, Bandar Seri Putera, Bangi. Program bertujuan bagi membina Modal Insan Unggul. Adun diminta berucap bagi kata-kata alu-aluan bagi program satu hari, khususnya sebelum  Forum Tarbiah dari jam 9.10 – 9.30 malam. Menurut program forum terdiri dari panel Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Ustazah Hafizah Musa (Adun tidak mengikuti forum).



Adun mengutarakan pendapat bahawa konsep tarbiah ialah sesuatu yang murni dan unggul. Ianya mempunyai hubungan dengan istilah `Rabb` - Ketuhanan yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Idealnya insan dituntut mendekati dan membina diri dengan sifat-sifat kesempurnaan melalui tarbiah. Keunggulan bagi insan antaranya diistilahkan dengan Insan khalifah, Insan Rabbani dan Insan Kamil. Untuk pembicaraan ini kita kenali mereka dengan `Insan Unggul`.



Mentarbiah insan ialah usaha bagi mengangkatkan martabat insan melalui elemen-elemen yang ada pada diri insan baik dari segi fizikal, akli, kalbu dan rohani. Pengangkatan melalui skima jangka pendek dan jangka panjang dan ada jatuh bangunnya. Tarbiah jangka pendek ialah pendidikan individu dan kelompok masyarakat seperti saudara-saudari yang bakal keluar sebagai seorang `terpelajar` begitu juga semua saudara-saudari setelah keluar dan bergelar sebagai masyarakat terpelajar ! Sejauhmanakah terpelajarnya akan dibincangkan. Dari segi jangka panjangnya, umat Islam sejak dari kelahiran Islam dibawa oleh Rasulullah s.a.w hingga kini mempunyai tradisi tarbiah yang panjang. Baik tarbiah bagi individu yang mempunyai masa tarbiah relatif pendek, maupun tarbiah umat yang mempunyai masa yang panjang adalah menggunakan berbagai-bagai mekanisme pendidikan yang berubah dan bertambah sesuai dengan perubahan dan pertambahan zaman. Mekanisme ini ada berupa tempat seperti masjid, surau, madrasah, pondok, langgar, Sekolah, kolej, universiti dan lain-lain. Ada yang berupa alat seperti kitab, buku, computer,video, film, bahkan alam dan sebagainya dan yang lebih penting ialah penyampai tarbiah yang dikenali dengan guru, muallim, ustaz, pengajar, pensyarah, professor dan sebagainya.



Sejauhmanakah mekanisme tarbiah di atas melahirkan insan unggul ? Sesungguhnya 15 abad Islam berkembang tidak dapat dinafikan hasil dari tarbiah Islam telah melahirkan kejayaan-kejayaan sebagaimana lahirnya pusat-pusat pengajian unggul seperti Masjid al-Madinah, Universiti Qayrawan, Al-Azhar, Qurduba, Diuband, Baitur Rahman Acheh, UIAM, USIM dan KUIS. Bagaimana dengan insan yang dilahirkan sebagai anak zaman ?

Sesungguhnya melalui mekanisme dan jatuh bangunnya Islam melahirkan tamadun dan peradabannya yang boleh disebut tamadun dan peradaban Madinah, Umawiyyah, Abbasiyyah, Uthmaniyah. Dari segi insan unggulnya relatifnya sedikit. Antaranya boleh disebutkan Ibn Abbas, Imam-Imam Mazhab Empat, Ibn Kathir, Bukhari, Muslim, Al-Farabi, Al-Mawardi, Ibn Khaldun dan lain-lain yang masing-masing dengan hasil-hasil karya masing-masing yang menjadi turath bagi tamadun dan peradaban umat. Dalam zaman moden, walaupun kita mempunyai pusat pengajian tinggi, mahaguru dan sama menggunakan alat-alat canggih dalam bidang tarbiah, tetapi berdepan dengan kemajuan keunggulan masyarakat yang bukan Islam, kita adalah relatif ketinggalan, jika pun tidak dapat dikatakan mundur.



Apakah yang dihasilkan oleh mekanisme pendidikan kini ?

Pada dasarnya hasil produk tarbiah adalah mengguna dan mengulang apa yang sedia ada, melahirkan hasil yang stereotype. Amat sukar untuk melahirkan yang benar-benar genius, asli, kreatif dan innovatif yang diterima umat sebagai sesuatu yang segar dan memanfaatkan. Bayangkan pada zaman tradisi dalam berabad-berbad berlalu umat dapat melahirkan seorang dua dalam bidang yang membicarakan soal Negara kota seperti Al-Farabi dengan Al-Madinah al-Fadilah atau Al-Mawardi dengan Al-Ahkam as-Sultaniyyah dan Ibn Khaldun dengan Al-Muqaddimah. Pada zaman kita yang berdepan dengan keunggulan Barat, walaupun ada tapi tidak setara. Adakah tarbiah kita, selain dari melahirkan yang biasa dan stereotype, dapat melahirkan negarawan muslim dalam bidang politik ? seorang ekonomis muslim yang mendapat pengiktirafan dunia ? Dan seorang humanisme terbilang penganjur keamanan sejagat ?



Kita tidaklah merendah mekanisme pendidikan yang kita dukung, tetapi majoriti insan yang dilahirkan 99%  atau lebih adalah stereotype dan biasa. Kita merindui penghasilan segar dan baharu seperti pada masa lahirnya tokoh dan karya seperti Al-Farabi dengan Al-Madinah Al-Fadilah, segar dan baharu seperti tokoh Ibn Khaldun dengan karya Al-Muqaddimah dan berbagai-bagai lagi bidang yang dapat dikiaskan. Kita mengharapkan dengan mekanisme tarbiah yang digunakan – seharusnya terbaik dari segi penghasilan, selain dari biasa dan stereotype, tetapi melahirkan insan-insan unggul dalam berbagai-bagai bidang.



Kita di Bangi mempunyai harapan tinggi mengimpikan lahirnya watak-watak insan tarbiah unggul, lantaran di Bangi merupakan Pusat Tarbiah dari berbagai-bagai universiti, pusat-pusat penyelidikan dan latihan. Keunggulan ini melayakkan dikenali Bangi Bandar Ilmu. Ungkapan ini diharap bukan semata-mata slogan, tetapi menjadi dinamika bagi universiti-universiti, pusat-pusat penyelidikan dan latihan menonjolkan keunggulan dan ketokohan insan bertahap internasional dan global. Adakah tahap yang diharapkan  begitu tinggi ?  Jika tidak kita akan terus berada di atas landasan stereotype dan kebiasaan.

Sekian.

Sumber dari Blog Dr Shafie Abu Bakar :
http://drshafie.blogspot.com/2013/01/tarbiah-dalam-program-rally-tarbawi-al.html