i Sempena Peperiksaan Akhir Semester Okt 2012 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Sunday 30 September 2012

Sempena Peperiksaan Akhir Semester Okt 2012



Assalamulaikum w.b.t dan Salam di ambang menghadapi imtihan buat seluruh warga mahasiswa dan mahasiswi   Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat kasih Allah S.w.t. Bersyukur  ke Hadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat iman dan islam kepada kita semua.

Dalam kesibukan kita, sedar tidak sedar kita menghampiri kepada penghujung semester bagi sesi 2012/2013 dan bakal menghadapi  peperiksaan akhir yang menjelang tiba. Lumrah perjalanan seorang pencari ilmu, apabila mendapat ilmu pasti akan diuji kefahaman ilmu yang diperolehi. 

Janganlah kita hanya menjadi mahasiswa  yang mengejar pointer yang tinggi 4.0, tetapi kita alpa dalam meningkatkan ibadat kita kepada Allah s.w.t. Rebutlah peluang minggu “Study Week” ini  dengan sebaiknya. Sebagai Mahasiswa yang bijak, pengurusan masa amatlah dititikberatkan dalam kehidupan seharian. Ianya tetap akan hadir dan seharusnya kita mengoptimumkan masa yang ada dengan pengisian ilmu dan ibadah pada Allah S.W.T.




Marilah kita sama-sama  perbetulkan niat tujuan dan matlamat kita dalam menuntut ilmu untuk menggapai Redha Allah s.w.t.  kata-kata dari Imam Al-Ghazali : “Menuntut ilmu adalah takwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah  jihad.  Setelah memantapkan usaha, tingkatkan  tawakal dan doa kepada Allah s.w.t agar diberi ketenangan jiwa ketika menghadapi peperiksaan akhir .

Firman ALLAH yang bermaksud; 
"dan apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada ALLAH" (Surah Ali-Imran: 159)

Kami dari Pimpinan Kelab Al-Azhar Members, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (ALAM) mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Oktober 2012  kepada seluruh warga Mahasiswa dan mahasiswi KUIS . Buktikan bahawa kita Mahasiswa khususnya Mahasiswa Islam dapat menjadi titik rujuk dan dapat mencorak momentum kepada perubahan akademik di Kolej Universiti Islam kita yang tercinta ini.

“ISLAM MEMIMPIN MAHASISWA” : Daripada saf kepimpinan ALAM 2011/2012



0 pandangan: