i August 2012 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Islam Memimpin Mahasiswa

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Thursday, 30 August 2012

55 Tahun Kemerdekaan

KEMERDEKAAN

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

APA  ERTI  NEGARA MALAYSIA TELAH  MERDEKA?? Layakkah  Malaysia mendapat kemerdekaan?? Mari kita sama-sama fahami erti merdeka yang sebenar.

 Apabila kita berbicara tentang erti kemerdekaan, mungkin setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan kefahaman masing-masing. Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai suatu kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara. Namun, pengertian kemerdekaan sebenarnya adalah sangat luas serta tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara dari cengkaman kuasa asing.

Monday, 6 August 2012

NUZUL AL-QURAN “KITAB ALLAH BUKAN SEKADAR UNTUK DIBACA TAPI DIAMALKAN”




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: bulan ramadhan adalah(bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai itu dan pembeza(diantara hak dan batil), karena itu, barangsiapa yang berada di dalam bulan itu maka berpuasalah…” (Al-Baqarah: 185).
         17 Ramadhan sering diperingati dan diperingatkan kepada kita setiap tahun bahawasanya pada tarikh ini Allah telah menurunkan Al-quran kepada umat Muhammad s.a.w.
Sekadar renungan buat semua, berapa ramai di antara kita yang membaca Al-quran, akan tetapi berapa ramai juga yang tidak mengamalkannya? kita seringkali menjaga fizikal Al-Quran, tetapi berapa ramai di antara kita yang menjaganya dari sudut mempraktikkan ajaran Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Bahkan yang paling menyedihkan,ada diantara kita yang menolak hukum-hukum Al-Quran sedangkan Al-Quran itu diturunkan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Allah dengan tegas mengingatkan golongan seperti ini di dalam al- Quran :
“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”. (Al-Jumu‘ah:5).

Justeru di bulan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita menghayati Al-Quran dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian kita dan yakinlah bahawasanya Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud “kitab Al-Quran ini tidak ada KERAGUAN padanya, petunjuk bagi mereka yang betaqwa” (Al-Baqarah:2).


Maka yakinlah dan berpeganglah dengan sabda junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w yang mana maksudnya “ aku telah meninggalkan pada kalian 2 perkara, jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah nabinya.
(HR:MUSLIM)

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita menghayati nuzul Al-Quran ini sebagai 1 peristiwa besar penuh makna dan hikmah. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang, bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya  memajukan dunia ini dengan Al-Quran...
 persoalanya, kenapa Al-Quran itu tidak dapat memajukan umat islam zaman sekarang sedangkan pada zaman Rasulullah s.a.w  mereka hanya berbekalkan Al-Quran dan As-sunnah sehingga menjadikan diri mereka generasi ulul Albab, adakah ianya berlaku kerana kesilapan kita sendiri??Ya!!kerana kita tidak mengamalkan dan mengaplikasikan isi Al-Quran itu kedalam kehidupan kita...jadi marilah same2 kita berubah ke arah yang lebh baik, dan same2 kita memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan kita ini...Sama-sama kita memanfaatkan ramadhan yang berbaki ini, moga di penghujung ramadhan kali ini kita menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa.  Wallahu’alam...






Friday, 3 August 2012

Olimpik 2012 : Isu Akidah Ummah

OLIMPIK 2012

 

Baru-baru ini kita telah dihidangkan dengan pembukaan temasya berprestij, Sukan Olimpik London 2012 yang baru sahaja membuka tirai Jumaat (27 Julai 2012)  lalu. Majlis pembukaan gilang-gemilang yang disaksikan penonton di seluruh dunia ini tambah dihangatkan dengan kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (Aktor Daniel Craig) yang merupakan satu kejutan yang tidak disangkakan.

Ramai yang memuji dan mengagumi temasya yang dikatakan memukau tersebut. Malah dalam diam, ia turut diakui oleh sebahagian besar umat islam hari ini. Namun ironinya, sebagai umat islam adakah kita sedar tentang sesuatu?.

Di sebalik kemeriahan itu, terselit sebuah agenda licik yang sangat  mengancam akidah umat islam. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Sukan Olimpik 2012 tersebut merupakan kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia). Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Puasa Melembutkan Hati



                                 "Puasa Melembutkan Hati"

                                        

Berpuasa dengan sempurna pada  bulan Ramadhan khususnya di bulan-bulan lain khususnya dan di bulan-bulan lain umumnya akan mendatangkan kesan yang luar biasa kepada diri insan.Ia akan melembutkan hati  keras ,membasahkan hati yang kering dan menghidupkan hati  yang mati.Puasa yang dilaksanakan dengan sempurna ialah apabila insan melaksanakannya:

-Melaksanakan dengan penuh ikhlas kerana Allah bagi mendapatkan redha dan kempunan-Nya tanpa ada sebab –sebab lain.
-Mengelakkan diri daripada perkara membatalkan.
-Menjauhkan diri daripada perkara yang dimakruhkan.
-Mengerjakan perkara yang disunatkan yang antaranya ialah memperbanyakkan  membaca al-Quran,bersedekah,baezikir dan mengerjakan solat sunat pada siang dan malam hari.