i Puasa Hari-Hari Putih ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Monday 20 February 2012

Puasa Hari-Hari Putih



Pernahkah anda mendengar puasa dihari-hari putih? Yang dimaksudkan dengan hari putih (Ayyaumul Baidh) ialah 13, 14, dan 15 haribulan pada tahun hijrah. Puasa ini adalah disunnatkan bagi yang mahu. Puasa ini bagaikan puasa sepanjang tahun. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w yang Sahih riwayat Imam an-Nasa-i, Ibn Hibban, Baihaqi dan lain-lain.


أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ قَالَ هِيَ كَصُومُ الدَّهرِ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. menyuruh kami berpuasa dari tiap-tiap bulan tiga hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan dan beliau bersabda: Dia adalah bagaikan puasa sepanjang tahun. [Hadis riwayat An-Nasai (1/328-329), Ibn Hibban (943), Baihaqi dalam Sunannya (4/294) dan Ahmad (5/152 dan 177)]


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ الْبِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. tidak berbuka pada hari-hari putih semasa di rumah (tidak musafir) dan tidak juga dalam safar. [Hadis riwayat An-Nasai dalam Sunannya (1/321), Disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah As-Sahihah (2/120)]

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai Abu Zar! Jika engkau berpuasa tiga hari dan tiap-tiap bulan, maka berpuasalah pada 13, 14, dan 15." [Hadis riwayat Nasai dan Tirmizi; Lihat Sahih al-Jami' (7817), Sahih wa Dha'if Sunan Tirmizi (761), Irwa' (947) dan Al-Misykat/Tahkik Thani (2057)]


صِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صِيَامُ الدَّهْرِ وَأَيَّامُ الْبِيضِ صَبِيحَةَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: "Puasa 3 hari dari tiap-tiap bulan ialah puasa sepanjang tahun dan hari-hari putih pada pagi 13, 14, dan 15." [Hadis riwayat An-Nasai (2377), At-Thabrani dalam Mu'jam kabir (2437), Baihaqi (3695); Al-Albani menilai Hasan dalam Sahih wa Dha'if al-Jami' al-Shaghir (7296)]


Demikian hadis-hadis yang menggalakkan agar kita berpuasa pada hari putih iaitu 13, 14, dan 15 pada tiap-tiap bulan dalam kiraan tahun hijrah. Selamat Berpuasa...

0 pandangan: