i January 2009 ~ Kelab Al-Azhar Members KUIS

Melangkah Bersama Islam

Kelab Al-Azhar Members KUIS (ALAM KUIS) merupakan sebuah persatuan mahasiswa bernaung di bawah Masjid Al-Azhar KUIS.

Pemangkin Generasi Intelektual

NISA Al-Azhar Members KUIS merupakan sayap siswi bagi Kelab Al-Azhar Members KUIS.

Ahlan Ya Ramadhan !

Jadikan Ramadhan tahun ini platform anda tqarrub pada Allah!

Friday 30 January 2009

Warga KUIS sumbang RM 7 Ribu untuk Gaza



Ustaz Farid Ravi menyerahkan sumbangan warga KUIS untuk Gaza kepada wakil Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian.

Pimpinan Al-Azhar Members bersama wakil Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian dan YB Nasharuddin Mat Isa

Baru-baru ini, suatu majlis penyerahan sumbangan warga KUIS untuk Gaza secara ringkas telah diadakan di Masjid Al-Azhar KUIS selepas solat Jumaat.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Nazir Masjid Al-Azhar KUIS merangkap Penasihat Al-Azhar Members (ALAM), Ustaz Farid Ravi Abdullah kepada wakil daripada Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian. Kutipan dana untuk Gaza tersebut dilancarkan sepenuhnya oleh Al-Azhar Members (ALAM) yang dilancarkan lebih kurang 2 minggu dan kemuncaknya adalah semasa Himpunan Warga KUIS Membantah Kezaliman Zionis di Gaza yang diadakan seminggu sebelum majlis penyerahan tersebut.

Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak hampir RM 7 Ribu dan telah diserahkan sepenuhnya kepada wakil Aman Palestin pada majlis tersebut.

Pihak Al-Azhar Members (ALAM) mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh warga KUIS yang memberi sumbangan sempena pelancaran tersebut. Sesungguhnya kepada hanya Allah dikembalikan segala urusan.

Saturday 17 January 2009

Demontrasi Aman Mahasiswa KUIS Mengutuk Kezaliman Zionis.

Pada 17 Januari 2009, iaitu hari jumaat, telah di adakan himpunan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang diadakan di KUIS. Pada Jam 11 pagi mahasiswa KUIS mula berhimpun di dataran First Café iaitu kafe yang berhampiran dengan penempatan pelajar sebelum berarak ramai-ramai menuju ke masjid Al-Azhar KUIS yang diketuai oleh Timbalan Rektor Pembangunan Koprat KUIS iaitu Tuan Hj. Mat Shah.

Dalah himpunan ini di laung-laungkan kata-kata pembakar dan mengecam kezaliman tentera Zionis Israel oleh penganjur iaitu Kelab Al-Azhar Members, Masjid Al-Azhar (ALAM). Seterusnya disusuli dengan ucapan oleh wakil pelajar iaitu saudara Akmal selaku setiausaha ALAM dan wakil pensyarah yang juga merangkap timbalan dekan Akademi Islam (A.I) iaitu Ustaz Fairuz.

Pada jam 11.40pagi himpunan ini berarak ke datarn masjid sambil melaung kebesaran illahi dan anti Israel-Amerika sepanjang Dalam pejalanan oleh kira-kira 2000orang penuntut institusi ini.

Semasa didataran masjid mahasiswa mengelilingi dataran untuk mendengar ucapan-ucapan oleh Ustaz Izad merupakan salah seorang imam Masjid Al-Azhar , Presiden ALAM Saudara Fahmi, Saudara Nasrun Izad Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM-KUIS), Tuan Hj. Mat Shah Selaku Timbalan Timbalan Rektor Pembangunan Koprat, Ustaz Farid Ravi Selaku Nazir Masjid Al-Azhar dan seterusnya penyempurnaan simbolik dengan membakar bendera Israel Tuan Hj. Mat Shah.

Demonstrasi Mahasiswa KUIS Mengecam Keganasan Israel ini berhenti seketika pada jam 12.40tgh untuk menunaikan solat Jumaat dan disambung selepas itu dengan ucapan-ucapan oleh wakil pelajar dan pensyarah sebelum bersurai pada jam 3.00petang.

--------------------












Saturday 10 January 2009

Demonstasi Aman : Mahasiswa KUIS kutuk keganasan Zionis Laknatullah


Oleh: Fahmi el-Kedahi

Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 100 orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bersama-sama dengan 3,000 mahasiswa Islam seluruh Malaysia berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir petang semalam bagi mendesak kerajaan Mesir agar memberi kerjasama dalam membantu rakyat Palestin dan tidak menjadi dalang dalam konflik Israel-Palestin.

Anak-anak muda dari kalangan mahasiswa dengan berpakaian serba hitam membanjiri kedutaan negara yang menjadi sekutu kuat Israel tersebut bagi menyatakan ketidakpuasan hati atas pendirian Perdana Menteri Mesir, Husni Mubarak yang bersifat kronisme kepada Israel dan pakatan Zionis Laknatullah.

Mahasiswa KUIS yang kebanyakannya tiba sebelum solat Jumaat sempat menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid As-Syakirin sebelum bersama-sama dengan seluruh mahasiswa lain berarak ke Kedutaan Mesir.Mereka hadir beramai-ramai dengan menaiki 7 buah kereta, puluhan buah motosikal dan tidak ketinggalan ada yang datang dengan menaiki bas dan KTM.

Kumpulan mahasiswa itu juga melaungkan “Hancur Israel!, Hancur Yahudi!, Hancur Zionis!”, “Save Gaza” dan tidak ketinggalan yang melaungkan "Daulah Islamiyah" sambil membawa poster dan kain rentang dengan tulisan mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin dan mengecam kerajaan Mesir. Turut kelihatan sekumpulan mahasiswa KUIS yang membawa kain rentang yang tertera tulisan "Mahasiswa KUIS Menyokong Perjuangan HAMAS" dan "Support Palestin".

Antara kumpulan mahasiswa KUIS yang hadir dalam perhimpunan tersebut ialah seluruh pimpinan Al-Azhar Members (ALAM), wakil daripada MPM, PERKIM KUIS, juga beberapa orang bekas YDP MPP/MPM KUIS dan puluhan orang mahasiswa KUIS yang lain. Perhimpunan kali ini mencatat suatu sejarah bagi seluruh mahasiswa KUIS dan pihak Al-Azhar Members khususnya yang membuat kerahan yang begitu besar bagi mempromosikan perhimpunan tersebut. Perhimpunan tersebut merupakan acara kemuncak bagi seluruh mahasiswa KUIS dan telah didahului dengan program "2 Hari Untuk Gaza" yang dikendalikan sepenuhnya oleh Al-Azhar Members (ALAM).

Beberapa orang wakil pimpinan Al-Azhar Members (ALAM) yang sempat ditemui membayangkan kemungkinan akan diadakan suatu perhimpunan besar-besaran di KUIS dalam masa terdekat bagi membangkitkan kesedaran di kalangan mahasiswa dan seluruh warga KUIS dalam menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan umat Islam di Palestin yang dterajui oleh HAMAS dan perjuangan umat Islam diseluruh dunia termasuklah di Tanah Air tercinta, Malaysia.Atas kesedaran itu, pihak Al-Azhar Members (ALAM) meminta seluruh mahasiswa dan warga kuis agar dapat bersedia dengan kemungkinan tersebut.

Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.

Bagi pihak GAMIS yang mengendalikan demontrasi kali ini, telah tercatat suatu sejarah penting kepada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.

Demontrasi aman tersebut berakhir pada pukul 4.00 petang dalam keadaan hujan. Bagi seluruh mahasiswa KUIS yang hadir dalam demontrasi aman tersebut, pihak Al-Azhar Members (ALAM) melafazkan penghargaan yang tidak terhingga dan semangat serta pengorbanan kalian amat kami hargai. Sesungguhnya, KUIS tidak ketandusan semangat jihad anak muda yang akan berjuang mempertahankan Islam dan Umatnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kami di Al-Azhar Members (ALAM), dengan tegas menyatakan bahawa perjuangan Islam tetap akan menjadi agenda dan kemenangan Islam itu adalah sesuatu yang pasti. Takbir!!!

Salam Perjuangan...